Wednesday, June 20, 2012

How to love a woman :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Kali nie saya nak post pasai lovey dovey sket. Takpa kot nohh hehehe sbb mood saya pun sekarang agak romantic and lovey dovey  ♥_♥ Okay, dalam post nie, saya nak cakap apa yang pmpuan nak bila bercouple sebab saya rasa still ramai laki yang taktau apa yang pmpuan nak and pikiaq. laki ni kan kononya 'susah' nak faham pmpuan sedangkan depa sendiri malaih nak cuba paham.

Okay first thing ya hadek hadeks, kami perempuan cuma nak kasih sayang, cinta dari hampa org laki ja. kami nie bukannya nak duit ka pa ka dari hampa. just cukup hampa tunjukkan yang kami nie pnting dalam hidup hampa tu pun dah cukup besaq rahmat bagi kami. show ur appreciation and love through what u do and talk bro. bukan cakap kosong ja macam lagu najwa latip tu.




Kadang kadang bila org perempuan cemburu/marah bukannya sebab meroyan ka apa, sebab terlalu sayang laa jadi macam tu. Yang cemburu buta tak tentu pasai tu taktau laa penyakit dia tu kan. haha -.- Kalau org perempuan cemburu.marah tu, hargai laa wahai  lelaki sekalian. tu maknanya perempuan tu sayang hampa lagi. kalau dia dah start tak kesah hang nak p menggatai dengan perempuan len ka buat pa ka, padan muka hang. takguna dah bila nak menyesal brahh!

When a girl is silent, she's either over-thinking, tired of waiting, falling apart, crying inside, or all of the above. so kaum lelaki kena pikiaq laa hampa buat salah and cuba laa perbaiki apa yang hampa buat. bukannya susah pun, bagi explanation yang jujur and berterus terang.  simple as ABC kann hehehe. 
 Kami perempuan just nak a guy who says "I love you" everynight, and proves it everyday. 


Sebenarnya nak bercinta nie senang ja kalau hampa berkomunikasi selalu, tiada rahsia and saling trust each other. kalau cukup benda nie, InsyaAllah semua berjalan dengan lancar. And yang paling penting, kalau nak bercouple tue, biaq laa niat ikhlas nak jadikan girlfriend anda tu bakal isteri anda. kalau setakat hang nak bercouple ja, takdak intention nak berkahwin dengan pmpuan yang hang bercinta, hg p cari kaldey lagi baguih laa deyy. haha



Dah laa kot membebel macam toknek nohh. kesian pulak hampa juling mata nak baca panjiang panjiang hahaha. To my Capital A, i love you so fucking dearly eventhough u're always busy. I'll try to understand you love. Peace Out!




Wednesday, March 28, 2012

kalau orang menipu, ni laa dia buat!




TANDA-TANDA BERBOHONG

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.